si debab boncet

.


Sejak dua menjak ni, aku dah lame sedar senarnye tapi buat2 tak sedar diri..perot aku da makin memboncet plus lemak berterabur sana sini.. maka dengan rasminya aku mengumumkan bahawa winter syndrome sudah bermula..her3~


adekah anda mengalami gejala2 sosial seperti ini??? check it out..


1. Kuat nak mampuih tido lagi2 sebab ada cik saratoga

2. Tersengguk2 dalam kelas [aku tak pasti ini masuk gak ke ha dalam kategori winter syndrome , maybe aku tersengguk sbb tak biasa g kelas awal2 pagi kowt ataupon sebab salah timing blaja commed time winter]

3.Asek lapaaar je keje.

4.Selera makan melonjak2 seperti spike dlm action potential punye graf..Sekali makan tambah sampai tiga trip nasik.

5.Kulit kering dan gatal da macam sisik ikan, naseb baek ade Nivea

6.Berat bertambah kejap 49kg pahtu turun balik 46kg pahtu naik balik 48kg..haih main2 plak encik penimbang nih..ah lantak ko la, selagi tak cecah 50kilo selagi tu aku tak riso main bedal je segala jenis makanan yang ada..ish bahaya ni..bahaya..

7.Pe lagi ek? pe lagi ek? takpe,,kalo ade lagi nanti aku tambah



Maka aku kene buat sesuatu ni.Mende macam ni tak buley dibiarkan. Aku nak siapkan workout plan..




1 .setiap weekend mesti jogging@ kuar beriadhah kalo malas nk g sg nil , jogging kat tepi jalan metro sudey


2. kalo ade duet lebih cket silelah pergi ke gym..bakar lemak dan bina muscle balik wakaka geli siyort~


3. kontrol makan beb..kontrol..[argh yg ni paling mencabar ]


4. nak cepat kenyang silelah amalkn sunnah nabi , kunyah 40 kali kompom kenyang gile siyes tak tipu ni


5. Kawan2 tolongla ajak aku main pape..basket ke, boling ke, squash ke..ah tak kesahla asalkan aku nak kurus! riso gile pipi aku dah naik mengembang..oh tolongla jangan ade dua dagu [double chin] !



oh ye,cakap pasal boling, ini mahu upload cket gamba2 kejohanan boling terbuka kaherah tempoh hari..sorryla i takde facebook so kat sini je la i nak letak gamba pon..hir2..thnx pd yg memberi support, ramai sgt yg datang bertanding terhibur i ok, congratez pd yg menang, yg kalah jangan sedih, tahun depan cuba lagi...




orang kata 1st come 1st serve..aku kata 1st come, 1st win..[maksudnya yg dtg paling awal itulah yg mendapat tempat pertama ]





yang datang kedua awal itulah yang mendapat tempat kedua..





but the rule wasn't applied to the third..group yg datang paaaaaling lambat itula yang dapat tempat ketiga





ha..baling la ikot suka hati korang!






at least korg sume lg bagosla drpd aku..dulu aku pernah taw, kunon2 nk hayun bola yg paling berat tu tinggi2 ..aleh2 bola terlepas ke belakang..abes satu tempat boling tu gelakkan aku...hek gile haha





alahai sayangnyee la ngn adek2 akak sume ni..kaki striker ramai di sini





yang sakit turut datang walaupon terpaksa bermain dengan topeng muka..siyes gua terharu beb tengkiu2






oh btw, inila team aku..mula2 da nk dapat no 3 da..pahtu kene lintas ngn group pana yg datang paling lambat itu..cess..oh kalo ade award pemain paling bergaya, aku akan berikan kepada Tasha







Cik Raden, ramu, Delaila, Behah amoi..
ok aku harap ini adelah gamba terakhir yg aku letakkan di dalam belog buat masa ini...aku akan kembali mengupload gamba apabila pipi aku sudah kembali kurus..babai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sometimes we need to change

.


PERCAYA DAN BERJAYA



cubalah hayati video Abu Saif ini..setiap tutur kata yang keluar daripada mulut beliau bagaikan mutiara yang bersinar..


Dalam kehidupan kita ni, ade sesuatu yg lebih susah daripada susah, iaitu berubah..sehingga ada orang yang lebih selesa untuk terus hidup susah,berbanding mengambil tindakan untuk membuat perubahan.. Melaksanakan perubahan bukan satu pilihan, tapi ia satu kemestian.. Syurga hanya menerima orang2 yang hebat untuk menyertainya, kalau sekiranya kita tidak hebat, apekah pilihan yang kita ada? kalau tidak berjaya masuk ke syurga, jangan pulak pikir nak buat syurga setiggan..tak layak ke syurga, ke nerakalah pilihan yang kedua..maka kita takde pilihan melainkan kita mesti menjadi manusia hebat..





UMAT ISLAM PEMALAS!











Kitab : Ainal Khalal ( dimana kecacatan ? )
Karangan : Syeikhuna al- kabir Dr Yusuf Al- Qaradhawi



Kitab ini menceritakan tentang keaiban/ kelemahan / kecacatan umat Islam zaman kini dan apa sebab2 yang menjadikan mereka mundur dan ditindas..


Antaranya Syeikh menyebut umat Islam sekarang lupa akan diri sendiri,'mereka' menyeru kemungkaran dan mencegah kema3rufan, kita sebenarnya mempunyai kekuatan tetapi disia2kan, kita lemah akal dan tidak pula beramal..


Kita tidak maju dari segi ketenteraan mahupun perindustrian, sehinggakan senjata pun kita terpaksa import..kita punya tanah tetapi tidak mahu diusahakan..negara kita kaya dengan hasil bumi tetapi kita tidak majukan..kita lemah dari segi rohani..kita lemah dari segi ekonomi..kita lemah segala-galanya..



TANGGUNGJAWAB SIAPAKAH?



Maka tanggungjawab siapakah untuk mengatasi masalah ini? ini tanggungjawab kita semua..kitalah yang mesti membuat titik tolak perubahan.. kita yang bermula daripada sekecil-kecil individu, sehinggalah kepada sebesar2 pemerintah, ulama',dan juga gerakan Islamiyah.. semuanya memainkan peranan yang besar untuk membawa Islam kepada kemajuan dan kemenangan..insyaallah..[nk terang panjang lebar tak buley sebab kitab ni aku tak abes mengaji ngn Ustaz Fauwaz lagi..hehe ;p ]


" sesungguhnya kemenangan itu amat dekat ".


Salam maal hijrah, inspiration of hijrah :- changes we believe in

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Delaila dan bowling

.



wow2~~ sejak akhir2 ni makin galak pulak aku menghapdet belog..yeahuuu~ nk wat cemane kan, idea merepek datang mencurah2 ke ladang gandum



FIRST SETORY



Sanah helwah ye Delailah~



Nur Dalili Mohd Zaini,8 Disember 1988
n now u're 21 !! chukanda;p







this song is truly dedicated to you Delailah..try to feel the lyrics..i really mean it..yes , it's only for you~



Haha korang janganla felik..Delailah tu panggilan manja aku untuk dalili..well, memang perangai aku suka panggil nama orang dengan nama pelik2 yang orang lain x panggil..ala2 manja gitu..contoh2 lain:



1. Madihah --> Madura
2. Fashihah --> Sciola
3. Hafizah Nordin--> Hapijot
4. Nik Nor Inoue --> Mekno
5. Sharifah --> Kak Pah
6. Baizura --> Babai
7. Nabihah --> Nebaihah
8. Aina --> Nana Belladona
9. Umi Sakinah --> Umi Sukainah
10.Kinah Kamil --> Kinahk
11.Naimah --> Kak Na
12.Natrah --> Che Nat
13.Sabihah --> Behah [haha diye marah tp aku stil panggil jugak ]



Tapi ada sorang budak neh yang aku suka panggil diye dengan nama penuh..Syazana Safiyah Sazali..oh2 i dunno why..i just like it;p ahakz~



SECOND SETORY



Klik untuk paparan yang lebih jelas


Kejohanan Bowling terbuka Kaherah..tapi yang sedihnya ini untuk akhRawat sahajae...ngee~aku tensen ngan budak2 pompan ni bukan hape taw..derang ni bila sebut je exam minggu depan, terus
sumorang kelam kelibut dok umah setadi..setadi..setadi..setadi..tu je yang korang tahu..haih rimas btol aku..langsung taknak bersosial..hey korang ingat sukan tu lagha sangat ke? bak kata husaini.." derang ni tak tahu ke yang sukan tu jugak ibadah? ".





Jom main bowling weyh! [ AIDA BOWLING CENTER, GREEN PLAZA, ALEXANDRIA ]






Jangan maen2..tu yang tengah main tu..champion tu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ramah Mesra Bersama Rakyat

.




Kami orang bawah-bawahan...





Usai saja sesi pilihanraya umum PERUBATAN sesi 2010/2011, Che Nat dan Husaini diumumkan sebagai bakal Presiden dan Timbalan Presiden yang baru..



Maka kami pon membuat kenduri doa selamat di akhir kelas wasatiyah..sebagai melahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana calon pilihan kami memenangi undi....Yeehaa!! Yebedabedabeduuu~~~~ Juga berdoa semoga semuanya selamat dan PERUBATAN berkembang maju di bawah tampuk kepimpinan mereka...insyaallah amin..





Bakal Tim Presiden bertanya khabar kepada rakyat jelata dan mengucapkan " terima kasih kerana mengundi ". Yeay! Tahniah dan takziah kepada kalian berdua
serta barisan EXCO2 yang lain..saya doakan yang terbaik..HIDUP PERUBATAN !! [ argh histeria~~ ]



p/s : Che Nat jangan marah naa..bila lagi ana nak bakar enti..hehe..hmm esok aku akan cuba candid gamba Husaini..tahniah bos! Presiden, presiden jugak..keje BSAL jangan lupa setelkan before naik, woha!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

yeah right....7 minggu yang.. T_T

.


entahla..tak taw nak cakap ape ..

* sigh*


Aku tengah frust dengan seketul subjek ni ..nama dia ..perubatan masyarakat..~




commed yang membuatkan aku menanges pada hari pertama persekolahan..tsk.tsk.




setelah dibahagikan kpd 4 kumpulan ,kami disumbat di dalam sebuah bilik mesyuarat yang kecik.. teleng kepala aku sebab nak tengok skrin kat depan



waalaweyh! aku ngan sazana tengah pikior ni cemane ke gayanya nak mengadap subjek commed yang bosan..tsk.tsk..pagi tadi sepanjang lecture aku tido T_T



anyway, bukan salah doktor tu yg mengajar senarnye [ die ajar sedap gila ] tapi tak tahula macam mana aku bole bosan nk mampos sampai tak sedar aku tersengguk2 betol2 depan doktor ..haiyya..1st class da macam ni..pas2ni macam mane la agaknye kan? kan?



aku kene buat sumthing utk mndtgkn minat aku kpd subjek commed ni..harap2 dapat melalui tempoh tujuh minggu ni dengan hati yg tenang..oh lagi satu yg paling menyedihkan..kelas tiap ari start kul 8 abes kul 3..xd gap lak aih..isk lg skali..


harap2 pas aku blakon esok , dapatla aku jd passionate ngn mendalah commed ini..amin




ini kesah nescafe arab~





tadi masa kat department aku terliur gile ngn air nescafe seorang doktor..bau die mak aih..pelik sungguh agak mengancam r..pahtu aku teringat air mcm ni Ostazah Iffat suka buat...tiap kali kelas aku terliur ngn air ostazah Iffat..


korang nak tahu x ape rahsiye die bole buat air sedap mcm tu? hahahahhaa derang letak susu gamus ~~~[ kerbau ].


tu yang sedap tu.


Pahtu aku pon teringin gakla nk tiru air mcm derg buat..balik2 skola td terus g kedai Laban Mouniera beli susu gamus stengah kilo..






pahtu aku pon masak susu tu..pahtu terus buat air nescafe kunon2 nk wat yg sedap mcm orang arab tu..



.......................dua minit kemudian..............



lepas minum dua tegok , cawan nescafe itu terus aku campakkan de dalam sinki..



uweekkk;p



siyes beb tekak gua still x bole terima makanan @ minuman arab..muak nyeh ! rasa nak muntah..tsk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

pelamin anganku musnah

.


Kalo korang nak tahu aku sekarang suka sangat berangan2..hek eleh minah ni..ntah hape2 la kan..eh tapi kan, macam tak sangka jugak la selalu gak mende yg aku angankan akan menjadi kenyataan..bukanla on the spot, i mean, doa aku x semustajab Nabi.. maybe aku angankan mende tu tahun lepas, at last taon ni baru dapat..something like that la..eheh;p



Tapi ade gak mende yang aku angan2 tak pernah jadi kenyataan..contohnya nak bibir seksi macam Angelina Jolie..tp tgk r sekarang bibir aku still macam tu jugak, asek kering manjang nak2 lg bila musim sejuk..[ haha J.K okay! ]



Oh lagi satu, aku dari kecik memang berangan nak beli Ferrari F430..hey ingat aku budak perempuan tak minat kereta sport ke ha? dulu penah cakap kat membe " aku nak beli Ferrari kaler purple "



Pahtu die gelak guling2 kat aku..dia kata " woi, manade Ferrari kaler purple..ngek la ko "..owh ok manela aku tahu Ferrari xd kaler purple..tp sampai sekarang aku masih menyimpan keinginan utk memiliki Ferrari..tapi tak buley la beli masa HO nanti, kang mati aku kene buli ngn MO yang jeles.. mesti derang cakap mcm ni.." ek eleh~ baru keje sebulan da belagak pakai keta sport..aku da keje spuloh taon keta Saga still x tukar2 .." ..eh tak bole tak bole..



Hurm..lagi satu angan2 masa naik train 1st class rituh..punyela syok sniri dapat dok seat mewah aleh2 kene halau..tak ke musnah angan2 aku?



Aku kini baru sahaja tersedar dari satu lagi lamunan yang mengasyikkan..entah macam manala aku bole termimpi yang aku akan turun dari kerusi AJKT minggu depan? diulangi : minggu depan ! seriously aku tak tipu...Dah bajet2 da nak pass keje kat EXCO baru.. pahtu aku pon rilek la sebab ingt lepas ni aku da xyah wat keje lagi...tiba2 ada sorang yang ingatkan aku yang aku turun bulan dua tahun depan..so segala perancangan aku still kene proceed lagi..woha! adeih..tak ingat langsung..gua da sewel ke beb?



Tapi logik gak nape aku tersengaja berangan2....pilihanraya utk sesi depan dah start..dah ade orang menang dah pon..aku rasa macam derang yang menang tu dah naik dah ganti kiteorang yang tua2 ni..sbb tu r aku ingt aku dah x jd AJKT walopon hakikatnya tempoh aku berkhidmat masih berbaki dua bulan..haha wtfunny..lagi satu,kelakar gile masa PSMB Azhar n Ain Syams semalam , MC tersilap sebut nama presiden PERUBATAN..H****** instead of Abg W*** ..adeih memang saiko betul la pilihanraya tahun ni ..









tajuk tu dipilih sbb ia ade kaitan dengan perkataan "ANGAN". Aku tiba2 teringat lagu ni sebab masa balik Mesia rituh tiba2 terjumpa lagu jiwang tahap nenek kebayan ni dalam henpon adek lelaki aku..wakaka x boley belah! adek aku bole ade laju jiwang macam ni dalam henpon die?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

first class yang sementara

.



Aku tak pasti sama ada mahu menceritakan kisah ini kepada kalian ataupon tidak. Kerana ia melibatkan maruah aku. Haha tapi bila pikir balik macam kelakar je..oklah aku cerita sebab bawaruk dah sound x hapdet belog ;p



Kadang2 kasihan jugak dengan naseb aku ...yela, dahla first time pergi Alex naik train.. masa tahun 2 dulu pernahla pergi sekali tp naik bas dgn famili .[ Ok aku pergi Alex baru dua kali, sila gelakkan aku puas2 ]. Tripku ke Alexie kali ini adelah bertiga;- bersama Pana S dan Cuna Asri . Tak rancang pon mahu ke sana, tiba2 ada orang ajak sebab ada satu tiket terlebih. So aku bedal saja , cute bukan? Tapi yang sedihnya aku terpaksa pulang bersendirian pada 1 Disember , manakala Pana S dan Cuna Asri akan pulang pada keesokan harinya. Ikot hati mahu saja sambung berlalalala untuk sehari lagi tapi aku terpaksa pulang awal sebab..argh malaslah nak cakap sebab apa...



Lagipon sejak sampai di Alexie, aku terus jauh sakit. Mungkin kerana terhirup angin laut yang sejuk + [sape suro ko merayap malam2 sampai tak hengat donia] menyebabkan physiology badan aku agak lemah . Suara aku dah jadi macam Donald Duck. Maka aku terpaksa pulang ke Cairo secepat mungkin sebab kalau tinggal di Alexie lagi lama, makin teruk jadinya.



Oh dan ini kisah di dalam train- buruk- berhabuk- entah- hape2la yang aku naik itu..aku tak tahu nak salahkan siapa, tapi rasa macam aku nak maki semua orang! haha


Kisah ini aku namakan kisah

GERAK GERAK GERAK GERABAAAKKKK~~~







Bergoyang kaki sambil melayan lagu ' Hey there Delailah ' pada 30 minit pertama...ah lentoknye berada di dalam gerabak first class ini..kerusi yang besar dan mewah rasa seakan2 aku bukan berada di dalam sebuah keretapi ayam mukayyaf keluaran Mesir ..aku tak mahu sedar dari lamunan..aku mahu terus membayangkan bahawa sekarang ini aku berada di dalam pesawat Boeing 737 milik Imarats Littoiran..cuma ianya tidak ada screen touch, ah tak mengapa bisikku di dalam hati..



Berkali-kali aku membelek tiket keretapi yang berada di tanganku..betulkah ini tiket keretapi?? Dan lagi satu aku masih tak percaya betulkah Pana S belikan tiket first class untuk aku ? tapi rasanya aku dah telepon beliau untuk kompomkn perkara ini.Macam tak percaya je keretapi yang buruk gila kalau tengok dari luar bole menyimpan satu kawasan yang exclusive untuk orang2 kaya di dalam..sekarang baru aku percaya kenapa orang selalu kata begini bila masuk rumah orang2 kaya arab " fuyyoo~~~ luar macam setinggan, tapi dalam macam kondooo~~~ . Huh baru aku faham.



Tiba-tiba..datang seorang pakcik specky yang berambut botak ke arah ku..die meminta tiket daripada aku..aku pon bagi dengan senang hatinya..dan kemudian, beliau membelek2 tiket ku itu berkali2..dan beliau berkata kepadaku tanpa belas kasihan..ya, tanpa belas kasihan




" makan bita3ek mush hina..enti fi arabeyyah tamanyah..we dah arabeyah talaata..hina first class..dafa3ti kam li eltazkarah ? khomsah wa talaateen?


" aiwah "


"enti fi second class..itla3 barrah "


" leyh baah? makan bita3i mush hina? lau keeda feen ya hadratik ?



"fi 3rabeyya thani..imsyi 3la tuul ila akhir makan.."


masyi..mafish musykilah, ma3lish





* aku malas nak taip panjang2..aku akan translate kalau ada request.tq *



ala pakciyk , tak kesian kat saya ke? dahla tengah demam ni..suro plak jalan dalam ketapi goyang...maka kemudian aku pon membuatla muka tak tahu malu..mengangkat beg dan bergerak ke gerabak lapan..membuka pintu demi pintu..korang bole bayang tak macam mana aku berjalan dalam keretapi ayam goyang2 tu dari gerabak tiga ke gerabak lapan ? bole tak? bole bayang tak ? isk2 T_T



dan part yang paling aku rasa nak maki adelah ketika melalui setiap toilet di hujung gerabak..aku nampak macam ade air mengalir di luar toilet dan baunya sangat busuk..aku macam ade terpijak jugakla ..hurm...you all rasa air tu air apa? i all rasa .. air kencing kowt ..[?]






oh ini sebenarnya seat aku. Berbeza kan dengan gerabak yang 1st class tadi? Hello pakciyk~ at least plastik2 kat kerusi tu taknak buang ke? whatthefunny.






oh tapi ok jugaklah , kene halau dari gerabak first class dan dapat peluang duduk di sebelah abang hensem di gerabak second class.. tapi riak kekecewaan di wajah aku ternyata tak dapat disorokkan





klik untuk paparan yang lebih jelas.




salah aku ker yang silap baca nombor gerabak? tapi aku dah tanya ramai orang semua kata nombor yang tertulis di atas perkataan WGN tu adelah tiga instead of lapan..salah aku jugak ke? argh tak kira ! aku nak maki pakcik yang cop tiket aku tu sekarang jugak!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments